Penat Lelah Cikgu Suzila berbaloi dengan “Gold Award Agro Tourism Petting Zoo 2018”

KHAIRUNNISA SULAIMAN

“Jiwa saya memang pada haiwan. Saya mula dengan mengutip kucing jalanan yang sakit, rawat dan carikan mereka tuan baru untuk jaga mereka,” kata Pengurus Pentadbiran G2G Animal Garden, Suzila Hashim.

Bukan hanya kucing, selepas itu Suzila yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, memelihara haiwan lain seperti burung, ikan serta reptilia seperti ular dan biawak.

Suzila juga pernah mempunyai bilik khas untuk menempatkan haiwan peliharaannya di rumah.

Baca Lagi

Leave a comment