KHAIRUNNISA SULAIMAN
Disebabkan minat yang mendalam terhadap ternakan Mohd Qayyum Othman, 28, membeli 10 ekor lembu pedaging untuk diternak di kampungnya di Felda Lepar Utara 3, Jerantut, Pahang.

Kandang fidlot di Jerantut, Pahang.

Tetapi semuanya bukan semudah seperti yang disangka apabila hampir setiap hari ada sahaja lembunya yang mati.
“Ketika itu saya rasa sangat putus asa rasanya seperti hendak jual semua lembu yang ada.


Keluarga pula tidak mempunyai pemgalaman serta memberikan galakan,” kata Qayyum yang menabung duit gaji sebagai mutawif untuk membeli lembu.
Hampir setiap hari Qayyum terpaksa menyembelih lembu sehingga terpaksa membeli peti sejuk beku untuk menyimpan daging.

”

Walaupun ada kalanya saya terasa tidak mahu meneruskan perjuangan tetapi saya mahu membuktikan kepada keluarga saya boleh berjaya,” katanya.
Cabaran paling besar apabila keluarga sendiri bukan sahaja tidak yakin tetapi marah dan menyuruhnya menjual semua ternakan.


Menganggap segalanya sebagai cabaran , Qayyum bangkit semula dengan bermula dari bawah.
Ikuti kisah Qayyum mula bangkit http://bit.ly/2Uz9Iur