Asmadi ‘transform’ Hobi Bermain Pisau menjadi Pendapatan Lumayan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

“Segalanya bermula dengan hobi bermain pisau dan memancing menjadikan saya seorang pembekal biri-biri dan kambing aqiqah dan korban dan pemborong ikan air tawar dan di Perak,” kata Asmadi Ahmad.

Hobi bermain pisau membawa Asmadi menjalankan perniagaan biri-biri aqiqah dan korban.

“Saya memang minat bermain dengan pisau jadi saya suka kerja-kerja melapah dan memotong daging.

“Jadi dengan menjalankan perniagaan proses penyembelihan biri-biri korban dan aqiqah saya boleh bermain pisau seminggu sekali,” katanya yang mendapatkan bekalan ternakan cukup umur dari penternak tempatan.

Asmadi menempatkan biri-birinya di kawasan kandang dan padang ragut Biri-biri dan Kambing Akikah serta Qurban, Kg. Air Papan, Tg Tualang, Perak seluas suku ekar.

“Kandang boleh memuatkan sehingga 60 ekor biri-biri pada satu-satu masa tetapi biasanya hanya memuatkan 30 ekor kecuali musim perayaan dan cuti sekolah.

“Setiap bulan biasanya saya mendapat pesanan di antara 10 hingga 30 biri-biri untuk tujuan aqiqah,” katanya yang menyumbang sedikit keuntungan jualan aqiqah kepada Asrama Anak Yatim Soleha yang terletak tidak jauh dari kandangnya.

Walaupun baru tahun kedua membekalkan biri-biri aqiqah dan korban Asmadi dapat menjual lebih 200 ekor dan mensasarkan sehingga 300 ekor untuk tahun ini.

“Kebanyakkan biri-biri ini mendapatkan pasaran sekitar Tolak, Seberang Perak, Kuala Kangsar, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Gopeng, Malim Nawar dan Tronoh.

Kambing golek

Biri-biri yang telah disembelih dan akan diproses.

“Tetapi ada juga pelanggan yang datang sejauh Kuala Lumpur membeli biri-biri aqiqah yang telah diproses dan dibawa balik,” katanya yang membekalkan biri-biri kepada empat katerer untuk kambing golek, kari dan kurma.

Bagaimanapun jika pelanggan datang dan minta menguruskan aqiqah, Asmadi menggunakan khidmat Aroma D’saji bagi peringkat seterusnya.

“Biasanya saya menggunakan media sosial, banner serta acara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di RTC Gopeng untuk mempromosikan biri-biri aqiqah dan qurban.

“Bagi memberikan nilai tambah saya juga menyediakan perkhidmatan ‘debonning’ untuk ‘prime cut’ bagi stik dan grill yang boleh diberikan kepada tetamu,” katanya.

Potongan prime cut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Potongan ‘prime cut’ mendapat sambutan menggalakkan walaupun terdapat sedikit kos tambahan.

“Saya berharap ibadah korban dan akikah biri-biri menggunakan kaedah yang betul dan selamat mengikut sunah.

“Kaedah yang banyak digunakan sekarang tanpa kaedah pemotongan betul boleh menyebabkan daging hancur dan menurunkan kualiti daging,” katanya yang pernah menghadiri kursus pemotongan daging di Senawang, Negeri Sembilan.

Kaedah pemotongan ‘prime cut’ boleh menjaga kualiti daging selain mudah dimasak.

Selain itu hobi memancing yang sebati dalam dirinya – memancing parit, sungai sehingga laut dalam menyebabkan Asmadi meninggalkan kerjaya sebagai pembantu jurutera untuk menjadi pembekal ikan air tawar.

Ikan yang dibekalkan oleh Asmadi kepada pemborong.

Asmadi mendapatkan bekalan ikan air tawar daripada penguasaha kolam ikan atau nelayan sungai berhampiran.

“Saya bermula dengan menjual di pasar malam sehingga saya mempunyai tapak di pasar Tanjung Tualang.

“Sebulan saya menjual di antara 10 hingga 15 tan ikan,” katanya yang menjualnya kepada pemborong sekitar Selangor, Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kedah dan Kelantan.

Kini Asmadi melibatkan diri dalam membantu membangunkan meningkat ekonomi di Pusat Penempatan Rakyat Termiskin Cangkat Tin yang telah masuk tahun kedua.

“Projek kolam ikan ini telah berjaya meningkatkan pendapatan sehingga RM1,000 bagi satu keluarga,” katanya merangkap Yang Dipertua Koperasi Usahawan Agro Muslim Perak Berhad yang ditubuhkan oleh usahawan dalam bidang agro.

Facebook page: Biri-biri dan Kambing Akikah serta Qurban, Kg. Air Papan, Tg Tualang, Perak
Fb personal:Asmadi Ahmad

No Tel: 012 5145153

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s