Mudahnya Ilmu Pengurusan dari Langit untuk Manusia

Ilmu Pengurusan dari Langit jauh lebih mudah difahami dari Teori² & Model Pengurusan ciptaan Manusia.

Terdapat pelbagai Pelbagai Teori dan Model Pengurusan. 6 teori pengurusan popular dunia seperti Scientific Theory, Administrative Theory, Bureaucratic Theory, Human Relations, Systems Theory dan X&Y Theory.

Nak fahamkan teori² pengurusan ciptaan manusia pun sudah memeningkan kepala apatah lagi ingin melaksanakannya. Manakala Ilmu pengurusan dari langit adalah amat “straight forward”.

“..Maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya”

Dari petikan ayat Allah diatas dengan Jelas lagi Nyata peranan Utama Manusia dalam Pengurusan.

Tiada daya upaya bagi manusia untuk mentadbir dan menguruskan diri, apatah lagi keluarga serta perniagaan tanpa bantuan Allah.

Sama² lah kita mencuba ilmu pengurusan ini.

Selamat Mencuba.

Leave a comment