KHAIRUNNISA SULAIMAN
Semangat juang Norafizi Ngasidin, 30, dalam bidang perniagaan tidak pernah padam ditambah dengan sokongan keluarga terutama isteri tersayang.


Walaupun hanya pemandu lori Felda di bawah jabatan usahawan, Norafizi atau lebih mesra disapa dengan panggillan Fizie telah berjaya memasarkan produk daging kambing perap dengan jenama Kambing Perap KAMbesz bagi memenuhi permintaan produk makanan halal dan suci di pasaran.
“Sebenarnya pada tahun 2013 saya bermula dengan menternak kambing secara kecil-kecilan di Felda Medoi, Segamat,Johor.
“Selepas itu saya berjinak-jinak dengan GTR atau Grup Transformasi Ruminan dan di sini saya dapat kenal dengan ramai penternak yang lain,” katanya.
Mendekati GTR membawa sinar kepada Fizie kerana ahlinya tidak kedekut ilmu malah bersedia berkongsi ilmu mengenai bisnes sampingan berasaskan ternakan seperti menjual susu kambing dan kambing perap.

Bagaimana Fizie berjaya membawa KAMBesz ke Pasaraya AEON?
Sila ikuti kisah beliau di http://bit.ly/2XGTHED